patut kecewa dengan siapa?

habis paper ke-3 daripada 4, dia terasa ingin menangis...
hatinya bagai dihiris... fikirannya semakin terhakis...
kepada hati dia bertanya..."kenapa begini? kenapa perasaanku sakit sekali..?"
dia berfikir secara rasional, namun jawapan semakin kritikal..
"kenapa Allah mengujiku lagi... aku sudah usaha dan doa sepanjang hari tapi kenapa begini?"
adakah kerana dia kecewa tidak dapat menjawab soalan? dia menyatakan tidak kepada hati...
dia agak kecewa kerana terlalu menumpukan sepenuh perhatian pada bahagian yang sukar namun soalannya senang-senang belaka...
tidakkah sepatutnya dia gembira... Allah permudahkan urusannya...
hatinya beristighfar...
dia ingin menangis tapi tidak mengerti punca...
dia berkecil hati tapi tidak tahu pada siapa...
namun ada juga sedikit gembira tapi tidak terluah dengan kata-kata...
penat juga dirasa tapi dia harus gagah untuk paper seterusnya...
apa yang perlu dia fikirkan untuk kembali tenang..?
dia tertanya pada diri dengan akal fikiran yang matang...
"aku tidak sepatutnya berperasaan begini... tidak selalunya Allah memberi kerana kita juga perlu diuji... ada hikmah di sebalik ini... mungkin aku perlu lebih berhati-hati... agar tidak kecewa lagi... berdosanya aku menangisi ketentuan Allah yang maha Mengetahui...."
dia mengumpul kembali kekuatan yang semakin menrundum ke bumi...
"aku bukan hidup untuk hari ini sahaja... aku masih ada lagi urusan yang perlukan perhatian..."
perasaan yang bercampur aduk tadi dia susun kembali...
tiba-tiba, suatu berita yang sedikit mengembira hatinya...
menyatakan bahawa untuk paper seterusnya hanya 4bab sahaja yang akan ditanya...
dalam hati dia mengucapkan "alhamdulillah..."
Allah menguji bukan kerana benci... Allah menguji kerana ingin memberi... beri ganjaran untuk kita nikmati.... sebagai manusia kita ada rasa sakit di hati... namun ubatilah dengan yakin pada janji Ilahi... insyallah kita akan berhenti menangisi....