sebelum aku teruskan menaip, aku harus baca kalimah di atas supaya aku xlari dari landasan Islam, sebelum anda membaca, anda harus baca kalimah di atas dan lapangkan dada supaya anda mudah memahami isi kandungan yang ingin dibincangkan.

AKU MEMOHON KAWAN-KAWAN SEAGAMA DENGAN KU, BACALAH PERBUALAN ANTARA SEORANG WARGANEGARA MALAYSIA DENGAN SEORANG PADERI. BACA JIKA ANDA SAYANG ISLAM.

http://www.dinar-emas.com/vatican.htm

apa yang aku fikirttg manusia kini terjawab... adik aku bacakan artikel ni smbil kami berbincang.. sungguh, amat bijak rancangan mereka menakluki Orang Islam.. secara keras (perang), tapi secara halus lebih dalam menusuk pemikiran.. Nauzubillah.

sementara aku berfikir-fikir utk share artikel ni, aku sendiri takut apa yang dikatakan paderi itu benar..

Bishop: Saya izinkan untuk kamu cerita perkara ini kpd org2 islam…..... kamu akan lihat mereka akan berkata kpd kamu “kamu dan cerita kamu semuanya tipu belaka”
Aku: sapa yang akan kata macam tu pada saya???…
Bishop: MEREKA SEMUANYA….

aku takut ini berlaku.. sementara apa kami bincang semua telah dia terangkan dgn jelas.. lebih jelas apabila apa yang aku fikir selama ini, benar2 berlaku dan benar2 mereka lakukan T_T walaupun selama ini, mungkin ramai berfikir aku amat -ve kerana tidak terima itu ini, ingin mencari itu ini.. hakikatnya, itu yang mereka (yahudi) inginkan.. mereka inginkan masyarakat Islam pertahankan mereka tanpa mereka perlu suruh.. tanpa kita sedari, segelintir kita tidak akan dapat terima suatu hakikat yang disampai oleh seseorang kerana sudah biasa dengan kata yang dinamakan 'LUMRAH HIDUP' dan 'TREND MASA KINI'.. nauzubillah T_T

sebelum lg lanjut, aku perlu perbetulkan pemikiran aku terhadap sesuatu benda supaya ia tidak membawa aku kepada Benedictine Order, Nauzubillah~ selama ini aku amat kagum dengan pemikiran orang2 Jepun, mereka tidak suka meniru, mereka berusaha utk mencapai sesuatu perkara dan nilai2 kehidupan yang tinggi.. dalam perbualan antara mereka ada disebut oleh paderi tersebut,

Bishop ; dulu dari kampung kamu, Malaysia ada pemimpin kamu yg telah memerintah selama 20 tahun diundang menemui Paus John Paul ii, dan pemimpin kamu telah ditanya tentang pencapaian Benedictine Order di sana. Paus John Paul ii sangat gembira dengan pemimpin kamu yg sukakan org2 jepun…

”dasar pandang ke timur" dia selalu mengulang-ulang ayat ini kpd Paus John Paul ii. sebab itulah mengapa org2 islam sengaja dicabar ilmu ini ilmu itu, mundur ini dan mundur itu, maju ini dan maju itu….

org2 kafir segaja dimajukan supaya org islam tersepit dan membuatkan org2 islam merasa “Benedictine Order” suatu keperluan hidup… org2 islam tidak menyedarinya bahawa mereka bersaing untuk Benedictine Order.. saya seorg bishop harus tau kata2 org islam yg terkenal spt “berjaya di dunia dan akhirat”,”menjadi seorg islam yg cemerlang”… semua dirancang supaya ia meyakinkan kamu tanpa kami suruh anda berkata spt itu…

di sini, aku perlu faham apa fungsi “Benedictine Order” itu sndiri.. Ia inginkan semua orang Islam berfikiran bahawa suatu kemajuan adalah untuk dibanggakan dengan pangkat, harta, kekayaan dan kedudukan.. apabila suatu kemajuan itu dipandang dgn pemikiran yang salah, ia akan membawa kita ke arah “Benedictine Order”. Paus John Paul II tersenyum apabila pemimpin tersebut sukakan orang Jepun kerana dia tahu orang itu sukakan Jepun kerana ingin menjadikan Malaysia berkuasa spt Jepun dan dia akan diagungkan oleh seluruh dunia..

"Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan. Ini adalah salah satu tanda kiamat. Keadaan ini bertepatan dengan situasi sekarang, orang menuntut ilmu kerana mahu mengejar pangkat, kedudukan harta !"

*berfikir sejenak*

kenapa aku sukakan orang-orang, adakah kerana nama? tidak. kerana pangkat? tidak. kerana pemikiran mereka ttg kehidupan.. pemikiran mereka yang tersendiri, bagaimana mereka mengekalkan cara hidup mereka tanpa perlu meniru barat.. cara mereka mengekalkan bahasa mereka sedangkan kenapa Negara kita sibuk nak agungkan bahasa Orang puteh.. anda tahu siapa yang jumpa paderi itu, dan anda tahu apa yang sedang berlaku di negara kita.. sedih T_T

aku benci cara yang Pemimpin Malaysia gunakan, pihak media kita tunjukkan.. semuanya, kebaratan!! menjadikan rakyat kita terima sebulat-bulatnya apa yang mereka lihat, mereka dgr, mereka baca... tapi mungkin akan ada yang kate, "alaa, kitorg tgk je, bukan ikut pn..." tapi kawan, korang xrasa malu ke tgk orang seagama kita kt dalam TV 2, pakaian, sikap, adab, cara, budaya yang mereka buat 2, yang mereka lakonkan 2, yang mereka banggakan 2, adalah cara barat??

jangan terkejut kalau korang jumpe '1 Malaysia' y selalu dilaung2 kan orang kita skrg dalam artikel 2.. Pemikiran kita dah dijajah sepenuhnya..

"maruah yang akan mengkafirkan semua orang islam,

mereka yang kafir sememangnya telah kafir.."

kerana pemikiran orang Islam telah dijajah mereka, mereka tidak takut untuk berkata-kata.. malah mereka bangga menyatakan bahawa,

"semua manusia benar2 telah dikuasai gereja.."

kenapa? cuba korang fikir, semua ni ada kene mengena.. mereka (yahudi) skrg xperli suruh atau buat apa2, orang Islam sendiri da bangga menyatakan dia pengikut mereka..

contoh 1: seorang perempuan yang xpakai tudung, akan mencari alasan demi alasan spt "belum dapat Hidayah, belum bersedia, inilah diri saya, saya xsuka hipokrit" ayat2 itu lah yang mereka (yahudi) inginkan.. kata2 yang menunjukkan mereka sudah menjadi pengikut yahudi.. sbb apa aku ckp cm 2, sbb yahudi da plan, diorg da tau, Hidayah hanya akan diturunkan kepada orang2 terpilih... once dia mencari alasan menghalalkan yang haram, yahudi dah menang.. kerana hanya orang2 yang mencari dan mencari kebenaran dijanjikan Cahaya.. mereka dah tahu semuanya.

dan aku juga xmahu dikatakan mencari alasan utk menghalalkan yang haram.. dan aku masih mencari kebenaran..

contoh 2: cerita2 kt TV semua ikut barat.. mereka kata ini revolusi, tp yahudi amat gemari... aksi2 18SX, bila di tanya, "inilah realiti, menghayati watak, penyedap cerita, rencah hidup" kita diketawakan mereka.

xperlu dikata lg, semuanya jelas.. tapi xmahu mengakuinya.. disebabkan kita dah diperintah oleh mereka yang berpegang pada YAHUDI, kita tiada pilihan ke nk ubah? ya, ikut logik akal, kita xde pilihan, sggup ke korang bakar sijil ijazah, PhD yang kite sibuk kejar2 kan selama ni? tapi, hati. kita mampu ubah dgn cara lain... hati, niat... kalau kita sendiri takut nk berubah, sbb takut nti hilang kebebasan, xde wayang, xde club malam, xde McD.. kite akan terus kalah...

kenapa pemikiran kita kdg2 xdpt terima hakikat, sbb dah selalu nk hidangkan dgn benda yang melalaikan... kerana itu y org selalu kate "LUMRAH HIDUP".. lumrah hidup, manusia ini tamak.. lumrah hidup, yang berpangkat besar itu perlu tunjuk lagak.. lumrah hidup, yang ilmu itu untuk kekayaan.. lumrah hidup, jiwa kita perlu kasih sayang hingga perlu perigi mencari timba..

Aku ; ish…kalau begini, tiada siapa la yg akan terlepas dari dikafirkan..

sebab semua orang bersalah dan cuba menutup kesalahan diri dengan memperalatkan niat sahaja..

Bishop ; YA… Dan paus roman peter ii Telah mendapat pengikutnya yg ramai dari kalangan para perempuan (yang cute2…)…

Lelaki yg mengikut Muhamad ke-2 (Al-Masih Mahdi) akan meniggalkan perempuan ini,

Walaupun perempuan ini adalah ibu, Isteri

Dan anak mereka sendiri….

Bodoh benar makhluk perempuan ini…

setelah Nabi Muhammad yg terdahulu selamatkan mereka dari ditimbus di padang pasir,

mereka khianat kembali kpd Nabi Muhammad … Nuh itu sudah merasa bertapa sakitnya,

maka giliran kamu akan tiba nanti…

Tuhan Nabi Muhammad (ALLAH) telah menjanjikan pengikut kami terbanyak dari kalangan perempuan

dan benar-benar telah memberikannya cuma kamu tidak menyedarinya…

nauzubillah T_T

aku mungkin xsebaik Umat tapi selagi aku mampu untuk mencari kebenaran, aku akan cari.. selagi aku ingin mencari pemikiran yang benar, aku akan lakukan..

patut kecewa dengan siapa?

habis paper ke-3 daripada 4, dia terasa ingin menangis...
hatinya bagai dihiris... fikirannya semakin terhakis...
kepada hati dia bertanya..."kenapa begini? kenapa perasaanku sakit sekali..?"
dia berfikir secara rasional, namun jawapan semakin kritikal..
"kenapa Allah mengujiku lagi... aku sudah usaha dan doa sepanjang hari tapi kenapa begini?"
adakah kerana dia kecewa tidak dapat menjawab soalan? dia menyatakan tidak kepada hati...
dia agak kecewa kerana terlalu menumpukan sepenuh perhatian pada bahagian yang sukar namun soalannya senang-senang belaka...
tidakkah sepatutnya dia gembira... Allah permudahkan urusannya...
hatinya beristighfar...
dia ingin menangis tapi tidak mengerti punca...
dia berkecil hati tapi tidak tahu pada siapa...
namun ada juga sedikit gembira tapi tidak terluah dengan kata-kata...
penat juga dirasa tapi dia harus gagah untuk paper seterusnya...
apa yang perlu dia fikirkan untuk kembali tenang..?
dia tertanya pada diri dengan akal fikiran yang matang...
"aku tidak sepatutnya berperasaan begini... tidak selalunya Allah memberi kerana kita juga perlu diuji... ada hikmah di sebalik ini... mungkin aku perlu lebih berhati-hati... agar tidak kecewa lagi... berdosanya aku menangisi ketentuan Allah yang maha Mengetahui...."
dia mengumpul kembali kekuatan yang semakin menrundum ke bumi...
"aku bukan hidup untuk hari ini sahaja... aku masih ada lagi urusan yang perlukan perhatian..."
perasaan yang bercampur aduk tadi dia susun kembali...
tiba-tiba, suatu berita yang sedikit mengembira hatinya...
menyatakan bahawa untuk paper seterusnya hanya 4bab sahaja yang akan ditanya...
dalam hati dia mengucapkan "alhamdulillah..."
Allah menguji bukan kerana benci... Allah menguji kerana ingin memberi... beri ganjaran untuk kita nikmati.... sebagai manusia kita ada rasa sakit di hati... namun ubatilah dengan yakin pada janji Ilahi... insyallah kita akan berhenti menangisi....


Elakkan Minta Maaf..? Elakkan Menyakiti...

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?

Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

petikan dari IluvIslam

Epilog Silam

tajuk ini pasti ramai yang mengerti maksudnya... pasti ramai telah mendengar dan menghayati lirik lagu ini... cuma aku saja yang baru diberi peluang untuk mendalami setiap bait kata yang penuh makna...

di meja study, pen di tangan, buku di hadapan, earphone di telinga, aku play lagu di dalam folder 'ZIKRULLAH'.. lagu yang menjadi pilihan, Epilog Silam... teringin rasa hati untuk mendengar lagu yang digemari kawan aku... mungkin benar katanya lagu ini sedap...

sambil fikiran mentafsir ayat di dalam buku, aku cuba menghayati lirik lagu ini...

"Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku"

tiba-tiba hati menjadi pilu... namun masih belum mampu untuk ku mengalirkan air mata...

"Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari"

fokus pada buku hilang.... pandangan semakin pudar... dada semakin sakit menahan sebak di hati... fikiranku kembali kepada segala peristiwa yang pernah ku tempuh selama ini... benar, banyak dugaan datang menguji diri... aku cuba untuk gagah berdiri... namun seringkali aku gagal untuk hindari... dan kegagalan itu memberatkan dosaku.... benar Ya Allah, masihkah ada ampunan buatku..? pandangan ku terus kabur.....

"Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya..."

aku tahu... pencarianku bukan hanya disini... aku harus terus mencari... untuk mendapatkan maghfirahMu... aku harus kuatkan diri.... walau perit... aku xboleh berpaling lagi... biarpun ujian lain menduga diri... aku akan tetapkan pedirian ini... kerna kini, suatu yang aku pernah abaikan dahulunya.... menyakinkan aku semula.... untuk bahagia, aku akan terus berkasih padaNya...

air mata xdapat lagi ditampung dari kelopaknya... akhirnya, aku menagis juga....

aku manusia biasa.... aku ingin bahagia.... dan aku pernah jatuh di timpa tangga.... namun Hidayah datang untuk orang terpilih ku sambut penuh terbuka.... segalanya ku ubah berperingat dan mengumpul segala usaha.... untuk mendapatkan keredhaanNya....

~d.e~

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul [002]

habis saja aku berpesbuk jam 2.30 pg semalam, hajat dihati nak landing rehatkan diri, tapi tangan tanpa disedari terus mencapai buku ini lagi... kuat betul naluri nak khatamkannya... aku baca diperbaringan... muka demi muka, kenapa penuh dengan keindahan.... skejap2 aku tersenyum sendirian, sekejap aku serius untuk memahamkan...

cerita ttg bagaimana wanita ini terbuka hati menerima lamaran seorang jejaka yang tidak diketahui wajahnya dan hanya berpandukan tingkah dia yang menjaga warak dan pergaulan... tidak pernah menghubungi si wanita, hanya berutusan dengan ibu dan bapa membuat hati si wanita tetarik tanpa ragui agamanya...

aku renungkan bertapa sabar itu membawa bahagia... sabar yang jarang2 masyarakat lakukan... selama ini wanita itu mengawal diri dari cinta dan lelaki, sabar dengan dugaan, tiba2 hatinya terbuka begitu mudah kerana Allah utuskan seorang lelaki dikalangan yang benar2 pegang pada agama bukan hanya kata-kata... perasan x, Allah telah memberi hadiah kepada wanita ini atas kesabaran dia... Allah itu maha pemurah... dugaan yang diberi setimpal dengan kekuatan diri, namun ramai hambaNya kini rasa dugaan suatu bala yang xterperi... subahanallah~ dugaanNya menunjukkan Allah ingat pada kita...

aku terus dan terus membaca, waktu juga terus berputar... setelah mereka bertunang, wajah belum juga dapat dilihat... hanya janji Allah yang mereka pegang..

JANJI
tarikh keramat itu
mengikat sebuah janji
walau tak pernah bertemu
walau tak pernah mengenali.

kerana yakinkan agamaku,
kau melangkah datang,
kerana yakinkan agamamu,
janji ini ku serahkan.

Ya Allah..
Jangan biarkan ikatan kami dicemari,
dengan maksiat nan keji,
Permudahkanlah urusan kami,
Memeterai sebuah janji.

tiba2 pada suatu kata-kata dalam buku ini, hati aku menjadi sebak... air mata tanpa disedari jatuh ke pipi... kenapa....? mereka berkahwin dalam suasana yang suci... yang tidak ramai boleh lakukan masa kini... mereka melewati malam pertama dengan penuh bahagia dan cinta... kerana ia segalanya pertama bagi mereka... kata-kata ini buatku tidak sengaja sebak..

Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
jika diriku diterima kerana kecantikan,
kau kan bosan bila ia beransur hilang..

Aduhai suamiku,
Jelaskan niat dan matlama,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga.

Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku,
Setelah Allah dan rasul,
Suluhkanlah buatku,
jalan menuju Yang Satu.

Suamiku,
Kita dua insan berbeza,
Cita dan Cinta yang sama,
Jadilah dirimu sebenarnya,
Terimalah diriku seadanya.

Ya Allah, indah sungguh cinta halal mereka.. selama ini aku mencari cara sebenar mendapatkan cinta sejati... aku tidak mahu lagi tertipu dgn hasutan dunia... namun seringkali aku kalah dengan pandangan masyarakat disekeliling... kalah aku bukan menyerah, tapi kalah untuk mempertahankan prinsip diri pada orang lain... tapi pengangan xkan lagi aku lepaskan, kerana aku telah berjanji pada diri...

kini aku semakin percaya, cinta halal lebih bahagia... namun banyak perkara aku perlu belajar agar diri ini lebih mendalami agama... aku terus membaca hingga habis.... bestnya bercinta lepas kawin ><

aku terus menghantar sms pd dua lelaki yang ingin berkawan dgnku... walau aku layan mereka agak kasar, tapi lebih baik aku tidak lagi berhubungan dengan mereka... walau hati tidak ingin menerima, tapi xbermakna aku boleh berkawan walau xberjumpa... aku akan jadikan wanita ini teladan hidup... terpulang pd mereka nk pk aku apa... aku minta diorg hormat cara aku... 2saja.

aku selalu terfikir, bagaimana rupa suamiku nanti... tapi aku seakan xkesah ttg rupa dan luarannya... biar dia cacat sekalipun, biar dia tidak sempurna... jika dia mampu bimbingku ke jalan Allah, aku redha dan terima...

habis ><

Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul [001]

sesudah aku menunaikan Ibadah wajib Isyak, aku terlihat sebuah buku nipis di atas meja roomateku... tajuk besarnya seakan mengamit perasaan ingin tahu... dari jauh ku dapat lihat dgn jelas ayat 'Pemilik Cintaku' namun setelah ku ambil dan baca, ianya adalah 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul'.


sekadar ingin berkongsi suatu karya yang amat berguna untuk semua... dan izinkan aku untuk mengesyorkan buku nipis namun amat padat ini kepada anda yang sedang ingin bercinta, kecewa bercinta, bencinta atau ape2 ajelah cinta ^^

mungkin aku lewat baca buku ini... yakin dihati, ramai kawan2 aku y sudah khatam lama buku karya Fatimah Syarha ni... kemalasan aku untuk membaca amatlah kritikal sekali >< namun pabila aku mula meneliti ayat demi ayat naskah ini, sgt masuk dalam jiwaku... susunan ayatnya aku sgt suka... dan aku terus membaca..

"Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu"

"Tiada rahsia untukku gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri."

"Cinta hanya untuk suami, takkan ku kongsi"

hanya petikan ini sudah dapat melambangkan keindahan karya beliau... aku belum habis khatam buku ni... kerana dilanda demam exam yang da nk bermula... tapi keinginan utk berkongsi tidak membataskan diri...

di dalam buku ini, tersebutlah kisah seorang gadis yang ingin mempertahankan prinsipnya untuk terus tidak bercinta dan mengharap hanya pada ketentuanNya dalam memilih pemimpin terbaik untuk menjadi suaminya... pada awal buku ini tersurat nasihat untuk seluruh sahabat,

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin:

1. pasti kelak diriku ibarat lembu ditarik hidung oleh nafsu.

2. Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNYa.

3. Hati akan terseksa dengan barah rindu yang melanda.

4. Cinta lali akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

5.Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik mana yang buruk untuk diriku.

6. Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

tiada kata lain yang mampu aku simpulkan.. setiap kita punyai akal.. aku juga selalu terleka.. ingatan ini amat mengingatkan aku pada suatu ketika, aku juga pernah bermain dengan cinta.. namun ia tidak bermakna aku perlu alahkan bisa tegarkan biasa.. sedikit tip diberi dalam buku ini untuk para remaja dalam perjuangan menepis cinta..

1. Tegas dengan prinsip diri.

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.

4. Mengekang hawa nafsu.

5. Mendekati majlis ilmu.

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

ku akui sukar untuk istiqamah dalam menepis dugaan cinta... hasutan halus dan kasar terlalu banyak sehingga payah untuk berdiri pada landasan benar... coretan tentang seorang wanita dalam mengharungi liku hidup dunia.. Allah sangat mengujinya dengan lelaki... pada mula dia goyah dek mainan hati dan rasa dihargai, namun sedar kerana dilanda kekeliruan dalam menerima ilmu pelajaran.. Dia mendekati diri pada yang Esa, tekad untuk mencari cinta agung, bersihkan hati dengan amalan zikir dan sunat.. memang sukar untuk istiqamah, namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik itu, dipaksanya diri agar amalan itu sebati... dugaan demi dugaan lelaki datang menguji.. bertapa Allah ingin mengetahui kekuatan dirinya... akhirnya dia berjaya dengan hanya percayapada kata hati yang berharap padaNya... Petunjuk Allah lebih afdal dari segala...

aku tidak sempurna.. aku tidak sebaik mana... namun aku percaya ada cahaya hidup dalam jiwa yang inginkan sedikit peluang dan ruang untuk terus mencari petunjukNya... begitu juga anda semua..jangan dilihat siapa yang berbicara, tapi renungkan isi perbicaraan kerana mungkin ia terkandung 1000 kebaikkan...

bersambung...

Perangi Perasaan Negatif *terhadap orang*

seringkali aku tertanya2, kenape perlu ada perasaan dengki dan iri hati..? kenape pemikiran sering didahului dengan "eley, ntah2 die bla bla..." aku sering memujuk diri utk tidak prasangka... namun kdg2 kalah juga dgn jiwa... cmne nk bg hati dan fikiran sentiasa positif mengenai manusia di sekeliling...?

adakah perasaan negatif ini suatu hawa nafsu? ape y aku faham, hawa nafsu 2 adalah tuntutan syaitan yang menjurus kepada menurut segala perintah hati dan nafsu tanpa berfikir pjg... namun apabila ditilik oleh pemikiran sendiri, 2 perkara ini seakan sama dgn menjurus kepada tindakan negatif serta didorong oleh si kejam syaitan itu...

Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:
1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka.
2. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.
3. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.

jika diteliti, untuk memerangi perasaan hasad dengki juga boleh dibahagikan kepada 3 golongan ini... namun persoalannya, dimanakan antara mereka adalah anda? adakah golongan "totally negative", atau "partially negative" atau "nonnegative"..?

tidaklah kita mampu menjadi seperti golongan nabi dan rasul... apetah lagi kita hanya hamba Allah dan umatNya... namun tidaklah kita boleh membiarkan jiwa dan hati dibelenggu dengan perasaan negatif ini.... lawan perasaan itu adalah jihad yang terbaik untuk manusia terus hidup dengan lebih tenang... walau ia bukan dari perspektif keagamaan, dari sudut psikologi juga, pemikiran yang positif adalah kunci kehidupan lebih sihat...

aku jujur, kdgkala meter permikiran akan menunjukan bacaan negatif... aku hanya manusia biasa... namun itu tidak bermaksud aku perlu terus berfikiran negatif terhadap org lain... aku akan cari ketenangan dan berfikir secara dalam dimana silapnya dan apa sebab musabab suatu perkara terjadi... sesetengah org berpendapat, biarkan suatu masalah adalah lebih baik dr memikirkannya...

sebagai contoh, A berkawan dgn B...suatu hari mereka bergaduh kerana B telah melakukan sesuatu yang membuat A tidak dapat menerimanya... A membuat keputusan utk tidak lg berkawan dan melupakan B krn tidak mahu memikirkan masalah yang boleh membebankan otak A.. ada org fikir lebih baik begini, diri sendiri adalah lebih penting dari perasaan org lain... "buat apa nk pk perasaan org, diorg ada pk nk jaga perasaan kite? xkn? jaga perasaan sendiri sudah" antara ucapan yang mereka lafazkan... pendapat aku, tidakkah cara ini seperti menghukum? adakah kita layak untuk menghukum..? bkankah menghukum itu kerja Allah?

contoh 2, C berkawan dgn D... suatu hari C bergaduh dgn D krn D melakukan kesalahan kpd C... pd mulanya C merasa marah... namun seketika kemudian C mengambil keputusan utk memohon maaf dan menerangkan hal sebenar... pd C suatu perasaan sakit itu xperlu hingga menyebabkan hubungan persahabatan terputus... mungkin juga C fikir malas nk gaduh2, so berbaik jela...

mana yang lebih mudah dilakukan? bermaafan atau bermusuhan? setiap manusia ada sikap positif dan negatif... terpulang pd individu untuk memupuk dan menanganinya... pd aku, selagi aku mampu lawan pemikiran negatif ni, aku lawan... aku juga manusia y punya kekurangan...

perasmian

tanpa disedari diri ini mula berfikir... tanpa disedari, diri ini cuba mencari jawapan pasti... tanpa disedari, diri ini terus memerah otak untuk kepuasan hati... segala persoalan, kenapa, bagaimana, akibat, kesan dan punca mula menganggu pemikiran ini... diri ini mulanya tak mengerti, mengapa harus menyesakkan akal memburu segala jawapan... insan lain memberi cadangan, tak perlu sakitkan kepala fikir hal orang... ada juga yang rasa kita perlu abaikan dari disakitkan... namun hati ini kekal untuk mengarah otak berfikir...

kerana diri ini menganggap ia suatu kurnia dariNya... namun punya cara tersendiri... pengalaman demi pengalaman membuat diri mendapat pengajaran... meski ada pahit, yang baik harus diteruskan dan ubah yang buruk agar yang lama tidak berulang... tidak akan menyekat keinginan untuk berfikir, kerana berfikir membuat diri lebih yakin...
segala pemikiran berkaitan dengan kejadian sekitar... dan tujuan pemikiran bukan untuk menghemtam apetah lagi untuk menjatuhkan... ia adalah renungan bersama dan muhasabah diri tika duka... diri ini bukan sempurna juga tidak sebaik mana... perlu pencarian yang tiada penghujungnya...

kerana manusia sering baca kulit dari kenal isi... biarlah rahsia siapa pemilik laman pemikiran ini... jangan dilihat siapa bersuara, fahami apa yang dikata, setuju dengan perkara benar, bangkang yang salah... kritikkan membina dialu-alukan, kutukkan hina sila beredar... tiada paksaan untuk membaca apetah lagi menghina... nukilan untuk kepuasan diri yang gemar berfikir... jika hati tersinggung, niat ini tiada kaitan dengan hidup atau sudah tiada...

baca dengan hati, fahami dengan akal.
tiada makhluk Allah yang sempurna