Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul [001]

sesudah aku menunaikan Ibadah wajib Isyak, aku terlihat sebuah buku nipis di atas meja roomateku... tajuk besarnya seakan mengamit perasaan ingin tahu... dari jauh ku dapat lihat dgn jelas ayat 'Pemilik Cintaku' namun setelah ku ambil dan baca, ianya adalah 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul'.


sekadar ingin berkongsi suatu karya yang amat berguna untuk semua... dan izinkan aku untuk mengesyorkan buku nipis namun amat padat ini kepada anda yang sedang ingin bercinta, kecewa bercinta, bencinta atau ape2 ajelah cinta ^^

mungkin aku lewat baca buku ini... yakin dihati, ramai kawan2 aku y sudah khatam lama buku karya Fatimah Syarha ni... kemalasan aku untuk membaca amatlah kritikal sekali >< namun pabila aku mula meneliti ayat demi ayat naskah ini, sgt masuk dalam jiwaku... susunan ayatnya aku sgt suka... dan aku terus membaca..

"Suamiku, aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu"

"Tiada rahsia untukku gagah berdiri, menepis dugaan cinta lelaki, melainkan pada sebuah prinsip yang merantai diri."

"Cinta hanya untuk suami, takkan ku kongsi"

hanya petikan ini sudah dapat melambangkan keindahan karya beliau... aku belum habis khatam buku ni... kerana dilanda demam exam yang da nk bermula... tapi keinginan utk berkongsi tidak membataskan diri...

di dalam buku ini, tersebutlah kisah seorang gadis yang ingin mempertahankan prinsipnya untuk terus tidak bercinta dan mengharap hanya pada ketentuanNya dalam memilih pemimpin terbaik untuk menjadi suaminya... pada awal buku ini tersurat nasihat untuk seluruh sahabat,

Bahaya Cinta Sebelum Kahwin:

1. pasti kelak diriku ibarat lembu ditarik hidung oleh nafsu.

2. Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNYa.

3. Hati akan terseksa dengan barah rindu yang melanda.

4. Cinta lali akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.

5.Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik mana yang buruk untuk diriku.

6. Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami pastinya.

tiada kata lain yang mampu aku simpulkan.. setiap kita punyai akal.. aku juga selalu terleka.. ingatan ini amat mengingatkan aku pada suatu ketika, aku juga pernah bermain dengan cinta.. namun ia tidak bermakna aku perlu alahkan bisa tegarkan biasa.. sedikit tip diberi dalam buku ini untuk para remaja dalam perjuangan menepis cinta..

1. Tegas dengan prinsip diri.

2. Meletakkan misi yang jelas dalam hidup.

3. Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh.

4. Mengekang hawa nafsu.

5. Mendekati majlis ilmu.

6. Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah.

7. Akrab dengan Allah dalam ibadah dan kehidupan.

ku akui sukar untuk istiqamah dalam menepis dugaan cinta... hasutan halus dan kasar terlalu banyak sehingga payah untuk berdiri pada landasan benar... coretan tentang seorang wanita dalam mengharungi liku hidup dunia.. Allah sangat mengujinya dengan lelaki... pada mula dia goyah dek mainan hati dan rasa dihargai, namun sedar kerana dilanda kekeliruan dalam menerima ilmu pelajaran.. Dia mendekati diri pada yang Esa, tekad untuk mencari cinta agung, bersihkan hati dengan amalan zikir dan sunat.. memang sukar untuk istiqamah, namun menyedari ada rahsia cinta Allah disebalik itu, dipaksanya diri agar amalan itu sebati... dugaan demi dugaan lelaki datang menguji.. bertapa Allah ingin mengetahui kekuatan dirinya... akhirnya dia berjaya dengan hanya percayapada kata hati yang berharap padaNya... Petunjuk Allah lebih afdal dari segala...

aku tidak sempurna.. aku tidak sebaik mana... namun aku percaya ada cahaya hidup dalam jiwa yang inginkan sedikit peluang dan ruang untuk terus mencari petunjukNya... begitu juga anda semua..jangan dilihat siapa yang berbicara, tapi renungkan isi perbicaraan kerana mungkin ia terkandung 1000 kebaikkan...

bersambung...

0 comments: