perasmian

tanpa disedari diri ini mula berfikir... tanpa disedari, diri ini cuba mencari jawapan pasti... tanpa disedari, diri ini terus memerah otak untuk kepuasan hati... segala persoalan, kenapa, bagaimana, akibat, kesan dan punca mula menganggu pemikiran ini... diri ini mulanya tak mengerti, mengapa harus menyesakkan akal memburu segala jawapan... insan lain memberi cadangan, tak perlu sakitkan kepala fikir hal orang... ada juga yang rasa kita perlu abaikan dari disakitkan... namun hati ini kekal untuk mengarah otak berfikir...

kerana diri ini menganggap ia suatu kurnia dariNya... namun punya cara tersendiri... pengalaman demi pengalaman membuat diri mendapat pengajaran... meski ada pahit, yang baik harus diteruskan dan ubah yang buruk agar yang lama tidak berulang... tidak akan menyekat keinginan untuk berfikir, kerana berfikir membuat diri lebih yakin...
segala pemikiran berkaitan dengan kejadian sekitar... dan tujuan pemikiran bukan untuk menghemtam apetah lagi untuk menjatuhkan... ia adalah renungan bersama dan muhasabah diri tika duka... diri ini bukan sempurna juga tidak sebaik mana... perlu pencarian yang tiada penghujungnya...

kerana manusia sering baca kulit dari kenal isi... biarlah rahsia siapa pemilik laman pemikiran ini... jangan dilihat siapa bersuara, fahami apa yang dikata, setuju dengan perkara benar, bangkang yang salah... kritikkan membina dialu-alukan, kutukkan hina sila beredar... tiada paksaan untuk membaca apetah lagi menghina... nukilan untuk kepuasan diri yang gemar berfikir... jika hati tersinggung, niat ini tiada kaitan dengan hidup atau sudah tiada...

baca dengan hati, fahami dengan akal.
tiada makhluk Allah yang sempurna


0 comments: