Perangi Perasaan Negatif *terhadap orang*

seringkali aku tertanya2, kenape perlu ada perasaan dengki dan iri hati..? kenape pemikiran sering didahului dengan "eley, ntah2 die bla bla..." aku sering memujuk diri utk tidak prasangka... namun kdg2 kalah juga dgn jiwa... cmne nk bg hati dan fikiran sentiasa positif mengenai manusia di sekeliling...?

adakah perasaan negatif ini suatu hawa nafsu? ape y aku faham, hawa nafsu 2 adalah tuntutan syaitan yang menjurus kepada menurut segala perintah hati dan nafsu tanpa berfikir pjg... namun apabila ditilik oleh pemikiran sendiri, 2 perkara ini seakan sama dgn menjurus kepada tindakan negatif serta didorong oleh si kejam syaitan itu...

Dalam menghadapi pertarungan jiwa ini manusia terbahagi kepada tiga golongan:
1. Golongan yang dapat ditewaskan oleh hawa nafsu mereka. Inilah golongan orang kafir dan orang yang menuruti cara mereka, iaitu orang yang melupakan Allah, lantas Allah melupakan mereka.
2. Golongan yang berjihad melawan dirinya iaitu bertarung memerangi hawa nafsunya. Kadangkala mereka menang dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah mereka bertaubat dan apabila mereka melakukan dosa mereka menyesal dan memohon ampun daripada Allah.
3. Golongan maksum (terpelihara dari dosa) iaitu para nabi dan rasul. Nabi dan rasul adalah mereka yang dikurniakan keistimewaan oleh Allah sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka sebagai penyampai risalah Allah kepada seluruh manusia.

jika diteliti, untuk memerangi perasaan hasad dengki juga boleh dibahagikan kepada 3 golongan ini... namun persoalannya, dimanakan antara mereka adalah anda? adakah golongan "totally negative", atau "partially negative" atau "nonnegative"..?

tidaklah kita mampu menjadi seperti golongan nabi dan rasul... apetah lagi kita hanya hamba Allah dan umatNya... namun tidaklah kita boleh membiarkan jiwa dan hati dibelenggu dengan perasaan negatif ini.... lawan perasaan itu adalah jihad yang terbaik untuk manusia terus hidup dengan lebih tenang... walau ia bukan dari perspektif keagamaan, dari sudut psikologi juga, pemikiran yang positif adalah kunci kehidupan lebih sihat...

aku jujur, kdgkala meter permikiran akan menunjukan bacaan negatif... aku hanya manusia biasa... namun itu tidak bermaksud aku perlu terus berfikiran negatif terhadap org lain... aku akan cari ketenangan dan berfikir secara dalam dimana silapnya dan apa sebab musabab suatu perkara terjadi... sesetengah org berpendapat, biarkan suatu masalah adalah lebih baik dr memikirkannya...

sebagai contoh, A berkawan dgn B...suatu hari mereka bergaduh kerana B telah melakukan sesuatu yang membuat A tidak dapat menerimanya... A membuat keputusan utk tidak lg berkawan dan melupakan B krn tidak mahu memikirkan masalah yang boleh membebankan otak A.. ada org fikir lebih baik begini, diri sendiri adalah lebih penting dari perasaan org lain... "buat apa nk pk perasaan org, diorg ada pk nk jaga perasaan kite? xkn? jaga perasaan sendiri sudah" antara ucapan yang mereka lafazkan... pendapat aku, tidakkah cara ini seperti menghukum? adakah kita layak untuk menghukum..? bkankah menghukum itu kerja Allah?

contoh 2, C berkawan dgn D... suatu hari C bergaduh dgn D krn D melakukan kesalahan kpd C... pd mulanya C merasa marah... namun seketika kemudian C mengambil keputusan utk memohon maaf dan menerangkan hal sebenar... pd C suatu perasaan sakit itu xperlu hingga menyebabkan hubungan persahabatan terputus... mungkin juga C fikir malas nk gaduh2, so berbaik jela...

mana yang lebih mudah dilakukan? bermaafan atau bermusuhan? setiap manusia ada sikap positif dan negatif... terpulang pd individu untuk memupuk dan menanganinya... pd aku, selagi aku mampu lawan pemikiran negatif ni, aku lawan... aku juga manusia y punya kekurangan...

0 comments: