Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul [002]

habis saja aku berpesbuk jam 2.30 pg semalam, hajat dihati nak landing rehatkan diri, tapi tangan tanpa disedari terus mencapai buku ini lagi... kuat betul naluri nak khatamkannya... aku baca diperbaringan... muka demi muka, kenapa penuh dengan keindahan.... skejap2 aku tersenyum sendirian, sekejap aku serius untuk memahamkan...

cerita ttg bagaimana wanita ini terbuka hati menerima lamaran seorang jejaka yang tidak diketahui wajahnya dan hanya berpandukan tingkah dia yang menjaga warak dan pergaulan... tidak pernah menghubungi si wanita, hanya berutusan dengan ibu dan bapa membuat hati si wanita tetarik tanpa ragui agamanya...

aku renungkan bertapa sabar itu membawa bahagia... sabar yang jarang2 masyarakat lakukan... selama ini wanita itu mengawal diri dari cinta dan lelaki, sabar dengan dugaan, tiba2 hatinya terbuka begitu mudah kerana Allah utuskan seorang lelaki dikalangan yang benar2 pegang pada agama bukan hanya kata-kata... perasan x, Allah telah memberi hadiah kepada wanita ini atas kesabaran dia... Allah itu maha pemurah... dugaan yang diberi setimpal dengan kekuatan diri, namun ramai hambaNya kini rasa dugaan suatu bala yang xterperi... subahanallah~ dugaanNya menunjukkan Allah ingat pada kita...

aku terus dan terus membaca, waktu juga terus berputar... setelah mereka bertunang, wajah belum juga dapat dilihat... hanya janji Allah yang mereka pegang..

JANJI
tarikh keramat itu
mengikat sebuah janji
walau tak pernah bertemu
walau tak pernah mengenali.

kerana yakinkan agamaku,
kau melangkah datang,
kerana yakinkan agamamu,
janji ini ku serahkan.

Ya Allah..
Jangan biarkan ikatan kami dicemari,
dengan maksiat nan keji,
Permudahkanlah urusan kami,
Memeterai sebuah janji.

tiba2 pada suatu kata-kata dalam buku ini, hati aku menjadi sebak... air mata tanpa disedari jatuh ke pipi... kenapa....? mereka berkahwin dalam suasana yang suci... yang tidak ramai boleh lakukan masa kini... mereka melewati malam pertama dengan penuh bahagia dan cinta... kerana ia segalanya pertama bagi mereka... kata-kata ini buatku tidak sengaja sebak..

Suamiku
Jika diriku diterima kerana kelebihan,
kau kan kecewa bila terlihat kekurangan,
jika diriku diterima kerana kecantikan,
kau kan bosan bila ia beransur hilang..

Aduhai suamiku,
Jelaskan niat dan matlama,
Menerimaku kerana agama,
Baru hidup beroleh berkat,
Bahagia hingga ke syurga.

Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku,
Setelah Allah dan rasul,
Suluhkanlah buatku,
jalan menuju Yang Satu.

Suamiku,
Kita dua insan berbeza,
Cita dan Cinta yang sama,
Jadilah dirimu sebenarnya,
Terimalah diriku seadanya.

Ya Allah, indah sungguh cinta halal mereka.. selama ini aku mencari cara sebenar mendapatkan cinta sejati... aku tidak mahu lagi tertipu dgn hasutan dunia... namun seringkali aku kalah dengan pandangan masyarakat disekeliling... kalah aku bukan menyerah, tapi kalah untuk mempertahankan prinsip diri pada orang lain... tapi pengangan xkan lagi aku lepaskan, kerana aku telah berjanji pada diri...

kini aku semakin percaya, cinta halal lebih bahagia... namun banyak perkara aku perlu belajar agar diri ini lebih mendalami agama... aku terus membaca hingga habis.... bestnya bercinta lepas kawin ><

aku terus menghantar sms pd dua lelaki yang ingin berkawan dgnku... walau aku layan mereka agak kasar, tapi lebih baik aku tidak lagi berhubungan dengan mereka... walau hati tidak ingin menerima, tapi xbermakna aku boleh berkawan walau xberjumpa... aku akan jadikan wanita ini teladan hidup... terpulang pd mereka nk pk aku apa... aku minta diorg hormat cara aku... 2saja.

aku selalu terfikir, bagaimana rupa suamiku nanti... tapi aku seakan xkesah ttg rupa dan luarannya... biar dia cacat sekalipun, biar dia tidak sempurna... jika dia mampu bimbingku ke jalan Allah, aku redha dan terima...

habis ><

0 comments: